Monday 8 October 2012

Pakej percubaan untuk 2 minggu


kami memahami masalah klien atau pun kepercayaan ahli keluarga terhadap mutu perkhidmatan kami, untuk menyesuaikan diri di satu-satu tempat bukannya mudah. kami mewujudkan pakej percubaan untuk 2 minggu dengan bayaran yang berpatutan. Jika berpuas hati dengan perkhidmatan kami, klien @ keluarga boleh terus mendaftar dan tinggal di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Aamal.

Tuesday 2 October 2012

STAFF NURSE @ Pusat jagaan warga emas Nur Aamal


                                      SN HIDAYAH                                    SN SOFEA
                               DIPLOMA KEJURURAWATAN     DIPLOMA KEJURURAWATAN

Tuesday 25 September 2012

CAJ PERKHIDMATAN

CAJ PERKHIDMATAN PUSAT JAGAAN WARGA EMAS NUR AAMAL


DAY CARE CAJ 
  • Isnin - Sabtu  7am - 6pm
  • Dari RM450 +++ termasuk kos penginapan dan makan

MONTHLY CAJ 
  • Dari RM700 dan ke atas mengikut pakej pilihan.

Tuesday 4 September 2012

Perkhidmatan yang kami tawarkan

  1. Pusat Jagaan Warga Emas Nur Aamal  adalah syarikat Bumiputera Islam
    yang memberikan khidmat penjagaan secara harian ataupun berkediaman.
  2. Selain itu kami menyediakan perkhidmatan jururawat terlatih yang akan juga memberi perkhidmatan  seperti :   

    •  Penjagaan luka pembedahan
    •  Daily dressing
    •  Penjagaan individu warga tua atau pesakit yang terlantar
              di atas katil .
    •  Perkhidmatan memasang dan menukar tube feeding 
    •  monitor blood glucose
    •  suntikan insulin
    •  Pendekatan holistik Islam & motivasi rohani untuk klien Muslim

Tuesday 28 August 2012

PROFILE SAYA

MY PROFILE

        Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, impian untuk mewujudkan rumah jagaan warga emas dan pesakit menjadi kenyataan. Terima kasih kepada ahli keluarga yang menyokong dan Suami tersayang yang merealisasikan  impian ini .Tak lupa juga kepada kakitangan JKM Ipoh yang memberi sokongan dan kerjasama.
        Memulakan kerjaya dalam bidang kejururawatan di kolej kejururawatan Kubang kerian Kelantan pada tahun 1997- 1999. Berkhidmat dengan kementerian kesihatan di beberapa buah hospital di Perak ,WP Labuan dan Sabah selama 10 tahun. Setelah berjaya menamatkan pengajian dalam ijazah sarjana muda kejururawatan  saya mengambil  keputusan untuk beralih kepada bidang latihan kejururawatan dan berkhidmat di kolej swasta sebagai pensyarah kejururawatan.
       Begitulah sedikit sebanyak berkaitan dengan diri saya sebelum saya mengambil keputusan untuk menguruskan PUSAT JAGAAN WARGA EMAS NUR AAMAL " Semoga " NUR AAMAL" yang bermaksud" cahaya harapan"  dapat memberi harapan kepada semua warga emas menumpang kasih sayang dan mendapat perhatian  dari segi penjagaan dan emosi.

PUSAT JAGAAN NURAAMAL DAN KEMUDAHAN

 kemudahan bilik yang selesa

1. bilik bertiga
2. bilik berempat
3. "open room"





Monday 27 August 2012

Beralamat di 1134A, Jalan Beruas,
                     kampung baru buntong,
                     30100 Ipoh,
                     Perak (area first garden @ taman pertama silibin)
          tel no : 0165925147

 Matlamat:

Menyediakan perkhidmatan penjagaan unggul kepada pesakit dan warga emas.

Objektif:

  • Penjagaan keperluan asas kehidupan penginapan dan sajian harian dan bulanan.
  • Menyediakan perkhidmatan rawatan susulan dan penjagaan kesihatan.
  • Menjalankan pemeriksaan kesihatan berkala dan apabila diperlukan.
  • Mengatur keperluan pengangkutan bagi temujanji pakar serta lawatan berkumpulan.
  • Memberikan perkhidmatan rawatan dan penjagaan atas pangilan.